PENDAHULUAN
Pencapaian pelaksanaan Sekolah Bestari melibatkan lima komponen utama iaitu pelajar, guru, pentadbir,pengintegrasian teknologi dan penglibatan ibubapa atau penjaga/komuniti.
Terdapat pelajar yang berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan kelompok pelajar ini memerlukan ruang untuk mengembangkan dan menggunakan kemahiran mereka. Briged Bestari bukan sahaja dapat membantu menggerakkan dan memantapkan penggunaan ‘ICT’ di sekolah, ianya juga dapat member ruang kepada pelajar yang berkemahiran menyalurkan kepakaran mereka kea rah yang positif.
Dengan demikian, adalah menjsdi satu harapan setiap warga sekolah akan mendapat manafaat daripada penubuhan pasukan ini melalui aktiviti sokongan, latihan dan penyenggaran computer.
RASIONAL
Memandangkan wujudnya keperluan semasa untuk memantapkan pengurusan Sekolah Bestari, Briged Bestari perlu ditubuhkan sebagai agen pemangkin kepada pembestarian sekolah. Komitmen pelajar bukan hanya terbatas kepada panggunaan kemudahan teknologi yang dibekalkan tetapi merangkumi aspek teknikal agar faedah program ini dapat dioptimumkan kepada semua warga sekolah dan masyarakat umum.
MATLAMAT
Briged Bestari ditubuhkan bagi membantu sekolah menjayakan Program Pembestarian Sekolah serta membantu pelbagai program teknologi maklumat dan komunikasi berjalan lancar. Program teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin bertambah di sekolah dan bagi melicinkan pelaksanaan program ini, sebuah badan khas seperti Briged Bestari perlu diwujudkan.
OBJEKTIF
Antara objektif penubuhan Briged Bestari:
1. | Membentuk wadah perkongsian ilmu, minat dan kepakaran dalam menggunakan aplikasi di sekolah. |
2. | Menjadi agen penggerak bagi bantu melancarkan pelaksanaan Program Pembestarian Sekolah. |
3. | Melatih sekumpulan pelajar yang berminat dan berkeupayaan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. |
4. | Menggembleng ilmu dan kepakaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan pelajar untuk kegunaan positif. |
5. | Memberi peluang kepada pelajar berkongsi kemahiran dan seterusnya menyebarkan ilmu kepakaran mereka dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi kepada rakan-rakan lain di sekolah. |